Tuesday, February 8, 2011

RANTAI BASIKAL

1.1 Apakah dia Rantai ?


Rantai adalah satu komponen mesin yang penting, berfungsi untuk memindahkan(transmisi) kuasa oleh suatu daya kilasan (tensile forces) seperti rantai basikal dan rantai motosikal. Fungsi dan kegunaannya sama dengan tali sawat. Terdapat pelbagai jenis rantai, bergantung kepada komposisi bahan yang digunakan atau kaedah pembuatannya.

Rantai dibahagikan kepada lima (5) jenis:

1. Cast iron chain – rantai besi acuan
2. Cast steel chain – rantai keluli acuan
3. Forged chain – rantai tertempa
4. Steel chain – rantai keluli
5. Plastic chain – rantai plastik

Kegunaan jenis rantai besi acuan, keluli acuan dan tertempa semakin berkurangan kecuali untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya; rantai besi acuan untuk bahagian peralatan rawatan air, rantai keluli digunakan untuk kawat penghantar di dalam kilang industri automotif.

Dalam artikel ini; fokus perbincangan tertumpu kepada jenis rantai keluli yang juga dikenali sebagai rantai gelinting (roller chain).Rantai gelinting (roller chain) adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran, plat dalaman, peniti (pin), pengalas (bushing) dan gelinting (roller). Ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal, merupakan rantai paling awal dicipta. Terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya;


chain-3typesAtas kiri – rantai bebaling (pitch chain) 1/2 inci

Atas kanan – rantai langkau bergigi (skip tooth)1 inci

Bawa tengah – rantai jemala /blok



1.1.1 Struktur Asas Rantai Pemindah (Transmissi) Kuasa


fig-11



Susunan tipikal rantai gelinting (roller chain). Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu penyambung mata rantai (connecting link), gelinting (roller) dan pengimbang mata rantai (offset link).

a) Penyambung Mata Rantai


fig-12



Kebiasaanya terdiri daripada plat penyambung dan pin penyambung yang mudah dipasang. Terdapat 2 jenis penyambung mata rantai iaitu spring penyepit (spring clip) dan sendal (cotter). Kedua-dua penyambung diletakkan di atas plat penyambung dan pin penyambung, lalu diketatkan. Kekukuhannya menyamai rantai berkenaan.

b) Pengimbang Mata Rantai


fig-131

Pengimbang mata rantai digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan. Dua plat dan pin dipasang menyelinap dan dua pelaras dipasang supaya kekukuhannya sama dengan rantai.

c) Gelinting Rantai

i. Plat

Plat adalah satu komponen yang menahan ketegangan (tension) pada rantai. Ianya diperbuat supaya lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat, kakisan dan sebagainya.

ii. Pin

Pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak. Ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama-sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu (sprocket) sedang berputar. Pin mempunyai daya kilasan yang tinggi, teguh, tahan daripada bengkok, lasak kepada hentakkan dan tidak haus.

iii. Pengalas (Bushing)

Pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berpusing pada gegancu. Ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman dengan pin yang membawa bebanan dan hentakkan.

No comments:

Post a Comment