Monday, July 11, 2011

Bagaimana mengisi Backpack degan betul sebelum trekking

topik nie banyak kali timbul tapi untuk menjawab soalan, proceed saja la ye.
tapi soalan agak umum tanpa bagitau untuk trip yang macam mana dan berapa lama. jadi, jawapan umum dan ringkas ialah: barang yang ringan dan tidak pejal dimasukkan dulu (bahagian bawah), barang yang berat dan mampat tapi tidak terlalu pejal (masih boleh adjust cth: air atau minyak dalam botol plastik/container, beras) susun di pertengahan beg dan dekat dengan tulang belakang, tin dan barang pejal dan berat di pertengahan dan jauh dari tulang belakang, barang yang berat tapi longgar disusun di bahagian atas (susunan berat ini juga bertindak menekan dan memampatkan struktur beg jadi beg semakin lama semakin solid dan bahagian ringan tadi akan berperanan sebagai pengapung berat). snack/jajan boleh la diselit untuk mampatkan bahagian atas tadi. gadjet, headlamp atau baju hujan letak la di kompartmen atas dan poket/kompartmen tepi beg.

nak packing memang ada sistem.
bergantung kepada jenis beg atau skala ekspedisi, setting memang berbeza tapi masih ada persamaan iaitu sistem asas: berat dan tekanan beban mesti disusun dekat dengan tulang/bahagian belakang badan. ini membolehkan komponen beg yang bekerja sebagai satu sistem (setiap brand ada sistem/teknologi berlainan) akan bertindak mengalihkan tekanan beban itu ke pusat pengumpulan stress (titik graviti) di bahagian tengah badan iaitu pusat/pinggang. bila tekanan berat beban (load stress) berada di paksi, sistem beg bekerja dengan lancar. beg pun seimbang dan "sebadan" dengan step atau movement. kita akan rasa berat beban (stress) pada pusat (perut) sahaja dan bukan pada bahu sebab ada hip belt. bukan macam beg sekolah yang hanya ada strap bahu. setiap tali/strap dan adjustable lock ada peranan dan sukatannya. jadi rujuk buku manual tahap mana sesuai untuk saiz badan kita atau cuba set bila beg tu dah load dengan full capacity (atau hampir). jangan set sewaktu beg kosong.

kalau dah beli haversack, harga mahal sikit kan. semestinya ada reason kenapa beg tu mahal. semuanya sebab kos R&D pada sistem pada beg. jadi optimakan sistem yang ada dengan dapatkan setting serasi. load stress setting yang betul akan mengelakkan/minimakan sakit atau lenguh di bahagian utama iaitu bahu, pangkal peha dan tulang belakang. jangan ambil mudah dengan arahan pada manual book atau distributor. badan nak pakai seumur hidup jadi jangan jahanamkannya dengan ambil mudah beberapa perkara kecil.

pusat graviti muatan perlu match dgn pusat graviti badan, jadi posture badan dan imbangan semasa berjalan tidak dipengaruhi oleh beban..back system juga perlu sesuai dgn badan, bole diejas2 supaya ia sepadan dgn torso dan shape badan..rasanya aqu tak perlu terangkan pasal torso, illiac crest atau c7 sbb infonya mudah dpt kt google..terus ke basic prosedur susun barang je la..

Jika utk basic prosedur bagi setting utk mendaki, aqu setuju kalo barang yg berat perlu rapat ke torso dan berada lebih atas dr illiac crest. Bahagian bawah (searas illiac crest) diisi dgn barang ringan spt pakaian supaya tiada bebanan berlebihan yg memaksa pusat graviti terarah terlalu ke belakang. Untuk bahagian atas beg, elakkan meletakkan barang yg berat melebihi dari aras tulang c7 supaya pusat graviti badan tidak terarah terlalu kekiri atau kanan semasa mendaki.

Semasa menurun pula, cuma pastikan barang2 yg diletak diaras c7, diletakkan sedikit bawah ke belakang, ini supaya agihan berat beg tidak mendesak pusat graviti terlalu terarah ke depan semasa menurun. Ini penting supaya momentum ketika menurun tidak menghasilkan inersia yg terlalu besar yg akan menekan rawan lutut untuk megimbangi pergerakan. kebiasaannya, aqu akan buatnya simple..gunakan bladder cam biasa ketika mendaki tapi letakkannya kebelakang ketika turun..tp mau kena ada dry bag la dlm beg in case bladder tu teraccident plak..atau kalo aqu tak guna bladder, aqu akan guna botol platypus utk jd balancing..botol mineral pon bole tp jgn kasi ada udara la dlm, sbb kalo bergoncang tak guna gak..

itu basic penyusunan brg utk mendaki..tp kalo utk trekking/hiking, penyusunan akan berubah tetapi konsep titik graviti utk balancing tu sama gak la..kemudian perlu amik kira jenis2 barang dan nk letak kt mana plak..poncho pon ada terangkan kt atas..susun atur utk barang2 penting dan tak penting pon perlu amik kira..psk/fak seeloknya letak kt tempat yg mudah capai..headlamp dan mcm2 lg la..

utk peringkat yg lebih tinggi, kaedah penyusunan barang bukan hanya semudah kaedah berat didepan,ringan dibelakang lg dah..ini bergantung apa beg yang dipikul dan sistem apa yang menyokong kekuatan beg tu..atau bahasa mudahnya penyusunan brg utk sistem bioflex pd beg c7 berbeza dr sistem AFS pd baltoro, Load Transfer Disk pd naos..kaji structure beg, sbb kebanyakan beg ada method tersendiri utk menyesarkan agihan berat pd pusat graviti..strength, material dan bentuk memberi impak yg berbeza bila dipadankan dgn posture badan..kang bila aqu citer cakap eksen plak, tp bila dah rasa berbagai jenama beg kt dunia ni, mungkin pendekatan aqu sikit berbeza..aqu suka sistem beg tp bukan brand loyal la..aqu tak suka beg yg replika2 nih sbb mata aqu tetap perati tak sama ngan yg ori..sbb natijah daripada penyusunan barang yg tidak betul ditambah plak dgn menggunakan beg yg tidak ikut specs pengeluar, kita akan lebih terseksa semasa memikul.

No comments:

Post a Comment